PANTUN BUDI
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas
boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek
mudik ke tanjung;
Hati terkenang
mulut menyebut,
Budi baik rasa
nak junjung.
PANTUN AGAMA
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat;
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor
tinggal sembilan;
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
PANTUN KASIH SAYANG
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana
datangnya sayang,
Dari mata turun
ke hati.
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePantun Nasihat
ReplyDeleteTanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.